0 2 min 4 mths



PADA 21 MEI 2020 BERTINDAK DIATAS MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI, SEPASUKAN POLIS DARI D3 ATIPSOM JABATAN SIASATAN JENAYAH BUKIT AMAN DAN JSJ IBU PEJABAT POLIS DAERAH SERDANG DIKETUAI OLEH DSP MOHD NAZRI BIN DAUD TELAH MENAHAN 2 LELAKI WARGANEGARA BANGLADESH YANG BERTINDAK SEBAGAI PEMERHATI DILUAR PREMIS YANG DISYAKI MENJALANKAN AKTIVITI PELACURAN SERTA PERJUDIAN ONLINE.

SETERUSNYA PASUKAN TELAH MENYERBU PREMIS BERKENAAN YANG BERALAMAT DI SC SPA LG 30, PERSIARAN SERDANG PERDANA, TAMAN SERDANG PERDANA, SEKSYEN 1, SERI KEMBANGAN, SELANGOR

HASIL PEMERIKSAAN TERSEBUT TELAH MENEMUI 3 BUAH KOMPUTER YANG DISYAKI MENJALANKAN AKTIVITI PERJUDIAN ONLINE. PEMERIKSAAN SETERUSNYA DI SEBUAH BILIK MENDAPATI TERDAPAT PINTU RAHSIA UNTUK BERSEMBUNYI.

POLIS BERTINDAK MEMECAHKAN PINTU RAHSIA TERSEBUT DAN TELAH MENJUMPAI 2 LELAKI CINA DAN 15 ORANG WARGANEGARA ASING. PEMERIKSAAN LANJUT DIJALANKAN DI BILIK LAIN DAN MENDAPATI SEORANG LAGI PEREMPUAN WARGANEGARA ASING.

2 LELAKI BANGLADESH TELAH DITANGKAP KERANA TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG DOKUMEN SAH MASUK KE MALAYSIA MANAKALA 4 ORANG LELAKI CINA WARGA TEMPATAN TELAH DI TANGKAP KERANA DISYAKI MENJALANKAN AKTIVITI EKSPLOITASI SEKS TERHADAP MANGSA, 16 ORANG PEREMPUAN WARGANEGARA ASING DAN MEREKA TELAH DISELAMATKAN DIBAWAH SEKSYEN 44 ATIPSOM.

HASIL SERBUAN INI JUGA TELAH MERAMPAS 9 BUAH TELEFON BIMBIT PELBAGAI JENAMA, 3 BUAH LAPTOP JUDI ONLINE, 1 TELEFON BIMBIT KAWALAN UTAMA JUDI ONLIE BESERTA KONDOM, PELINCIR DAN MINYAK URUT.

KESEMUA TANGKAPAN, RAMPASAN DAN MANGSA TELAH DIBAWA BALIK KE IBU PEJABAT POLIS DAERAH SERDANG UNTUK TINDAKAN SELANJUTNYA.

KES TELAH DIKLASIFIKASIKAN DIBAWAH BEBERAPA SEKSYEN KESALAHAN IAITU SEK 12 AKTA ATIPSOM 2007, SEK 6 (1) (c) AKTA IMIGRESEN 1953, SEKSYEN 268 KANUN KESEKSAAN, SEKSYEN 22 (b) AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT, SEKSYEN 55B DAN SEKSYEN 39B AKTA IMIGRESEN 1959, DAN SEK 3 AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976.

LAPORKAN SETIAP KEGIATAN JENAYAH DISEKITAR ANDA. SAMA-SAMA KITA MEMBANTERAS JENAYAH, KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI.

Source