0 3 min 8 mths



[ JENAYAH MINGGU INI ]

Sebuah sindiket perjudian secara online yang mampu menerima wang pertaruhan mencecah RM80,000 sebulan tumpas selepas polos menyerbu dua unit kondominium di The Strand, Kota Damansara di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, serbuan dilakukan sekitar pukul 4.30 petang oleh sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Petaling Jaya berdasarkan hasil risikan yang dilakukan.

“Seramai 15 individu warga tempatan termasuk seorang wanita berusia 20 hingga 40 tahun yang berperanan sebagai pengendali aktiviti perjudian secara online telah ditahan.

“Siasatan awal yang dilakukan mendapati sindiket ini telah aktif beroperasi sejak sebulan yang lalu dan semakan mendapati mereka mampu menerima wang pertaruhan sebanyak RM80,000 sebulan daripada kaki judi di seluruh negara,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan di sini.

Menurut Mohd. Zani, modus operandi sindiket ini adalah mengiklankan operasi mereka di media sosial dan kaki judi yang berminat perlu memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun tertentu sebelum dibenarkan berjudi.

“Kesemua yang ditahan dibayar gaji sebanyak RM3,000 sebulan untuk mengendalikan operasi ini dan mereka bekerja selama 12 jam untuk satu syif serta menetap di unit kondominium ini.

“Setiap individu dipercayai akan mengendalikan 10 akaun perjudian dan setiap satu akaun dijangka mampu menerima wang pertaruhan sebanyak RM10,000 sehari,” jelas beliau.

Jelas Mohd. Zani pihaknya telah merampas sebanyak 16 unit komputer berserta router internet dan 21 unit telefon bimbit dalam serbuan berkenaan.

“Pihak kami kini sedang mengesan individu yang menyewa kedua-dua unit kondominium ini untuk melengkapkan siasatan dan kesemua 15 individu yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbula 1953,” tegas beliau.

#MKLCRIMEDESK

__

Like, Follow & Subscribes us at
Facebook https://www.facebook.com/metronewsmedia
Twitter https://twitter.com/twt_metronews
Instagram http://instagram.com/metronewskl

We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY!

We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at mklcrimedesk@gmail.com
Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!

Source